Ahad, 9 April 2017

Percutian ke LostWord of Tambun

Bismilahiramanirahim...

Hari ini saya nak coret cerita mengenai percutian ke tambun resort Ipoh.





Hasil carian imej untuk tambun



Pasti ramai yang sudah tahu mengetahui lokasi serta permainan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bagi yang belum pernah sampai..sudah pasti tercari-cari info menarik sebelum melangakh masuk kedalam pintu besar.

Secara ringkasnya..Lost World of Tambun  terletak di negeri Perak.Perjalanan dari kuala Lumpur mengambil masa 2 jam ke Ipoh.

Apa yang menarik tentang Tambun ?

Tambun secara amnya terkenal sebagai tempat taman tema air.Tempat bermain air dengan keseronokkan papan luncur,kolam besar dan permainan kanak-kanak.

Mungkin ramai yang jauh teringin sampai dikawasan pelancongan ini.

Jom kita semak harga dan syarat umum untuk masuk kedalam kawasan tersebut:




Ini adalah harga baru pada tahun 2017.Mereka telah naikkan sedikit harga dari tahun sebelumnya,Bagi kanak-kanak dibawah 90cm adalah percuma.



Harga dah tengok...ini pula syarat yang dikenakan untuk masuk bermain taman air.Mereka tidak benarkan masuk dengan berpakain kain cotton.Hal ini kerana air akan menjadi kotor.Oleh itu,jika hendak pergi,,carilah baju mandi ataupun baju yang kain ringan seperti jersi bola.Kalau tidak ikut peraturan,nanti kena halau keluar...


Selain kita boleh mandi dan bermain dengan air..bermacam-macam lagi aktiviti yang sediakan .Pasti ramai yang akan  terkejut apabila tengok pada harga untuk masuk.MAHAL..

Apabila dah masuk..pati tidak akan menyesal dan akan cakap berbaloi dengan harga.

Untuk pengertahuan semua,,,TAMBUN  juga menyediakan hotel bagi sesiapa yang berada jauh dari tempat tersebut.Andainya tidak mahu menginap di situ..terdapat banyak pilihan lain untuk bermalam.Tidak perlu risau tentang hotel.Perbagai pilihan hotel yang ada berhampiran kawasan tersebut.

Sebelum masuk bermain...pastikan anda makan dahulu..Bukan sebab tiada kedai makan....tetapi harga dekat dalam boleh tahan juga....andai dah lapar...memang kena beli juga..Harga makanan bermula dengan RM 4 keatas..AWAS..jangan pula cuba bawa masuk makanan...Semua itu dilarang..Pemeriksaan akan dilakukan sebelum melangkah masuk...jika mereka jumpa....faham ajalah..



Ini adalah pemandangan batu di depan kolam..






Buat sesiapa yang ada barang berharga,,jangan risau.Sebabnya mereka menyediakan loker untuk kita simpan barang..(BERBAYAR).Semua loker menggunakan scan barcode yang akan diberikan pada penyewa.(gelang)






Hasil carian imej untuk tambun

Kolam untuk anak kecil bermain..

Hasil carian imej untuk tambun

Apabila dah sewa pelampung,bolehlah meluncur atas air.


Hasil carian imej untuk tambun





Dekat sini bukan terhad untuk mandi sahaja..tetapi perbagai aktiviti lain boleh kita lakukan...Contohnya bagi ikan makan..





Buat kanak-kanak,pasti mereka suka kerana dapat pegang burung kecil yang manja serta jinak...



Kita dapat peluang bagi binatang makan dekat taman haiwan..Perbagai jenis haiwan yang dipamerkan.Bagi yang tidak berbahaya,dapatlah kita pegang dan bermain.


Bagi pengunjung yang tidak mahu berjalan,perkhidmatan keretapi disediakan.Naik aja..


Hasil carian imej untuk tambun



Ini pula kandang Zirafah..kita boleh pengang dan bagi Zirafah makan..




Hasil carian imej untuk tambun


Inilah tempat kesukaan kanak-kanak.


Hasil carian imej untuk tambun


Bukan sahaja boleh mandi dan tengok binatang comel dekat sini.Permainan juga disediakan ..beratur aja tunggu giliran..Nak naik berapa kali pun tak mengapa.



Hasil carian imej untuk tambun


Dekat sini juga mereka sediakan pertunjukkan haiwan..macam-macam gelagat haiwan kita boleh tengok.

Hasil carian imej untuk tambun


Sangat harimau yang manja...


Hasil carian imej untuk tambun

Di kecil yang bijak.

Hasil carian imej untuk tambun


Apabila penat berjalan,bermain dengan air disiang hari,kita juga boleh merehatkan diri pada sebelah malam dengan mandian air panas..



Hasil carian imej untuk tambun


Suasana di malam hari untuk sesiapa yang ingin berehat.


Hasil carian imej untuk tambun




Boleh tenagkan fikiran buat yang hendak bersantai...



Hasil carian imej untuk tambun




Jika anda inginkan percutian yang singkat dan menarik,tambun merupakan pilihan terbaik buat seisi keluarga.

Terima kasih kerana sudi membaca..semoga sedikit info buat anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengedar shaklee dan cod seluruh kawasan Sungai Petani.

SHAKLEE.. Sudah pasti ramai anda diluar sana mengenali akan jenama terkenal ini iaitu SHAKLEE. Shaklee secara ringkasnya meniti...