Ahad, 21 September 2014

Apom lenggang.

Assalammualaikum...
Apa khabar semua...hujung-hujung minggu ini..tak tahu nak buat apa dirumah pada waktu-waktu petang sebegini..Nak keluar hujan rintik-rintik..Nanti demam pula jadinya..

Apa kata..jom kita masak..boleh juga buat minum petang bersama keluarga..
Resepi apa yang mudah disediakan...

APOM LENGGANG(apom manis)





Mesti ramai yang biasa dengarkan..jom kita risik-risik bahan-bahannya...

  • 11/2 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu yis.
  • 5 sudu gula
  • 1 cawan air.
  • 1 cawan santan.
  • 1 biji telur.
[semua bahan tadi kena blender]
---PERAP DALAM 1 JAM--

Cara-caranya:
**sediakan belanga yang yang tidak mudah lekat.panaskan dengan beberapa titik minyak.Ambik sesenduk tepung tadi..tuang dalam belanga...buat lenggang2 belanga sampai tepung tadi nipis.Agak2 dah garing..bolehlah angkat..

MUDAH SANGATKAN..BAHAN2 PUN SENANG NAK DAPAT..

----selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Suplement untuk gantikkan coklat buat anak

Vitamin C Plus Chewable ...